Salam sayang buat semua pembaca yg cumil n kiut :)
Sy rasa masih tidak terlambat untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada semua pembaca Muslimin & Muslimat blog ni kn kn kn ..:p
Di akhir2 bulan puasa ni mcm2 dugaan yg mendatang kn.. Biase la da nk abeh puase kn..
Rase mls nk g tarawikh.. (uhuk! uhuk! same ngan sy mlm ni hihi), tp plg nampak time2 last ni kn ialah dugaan
BERSHOPPING SAKAN!!
Sinonimnye, bg kaum Hawa mesti rambang mate ble time shopping bju raya, tudung raya, kasut raya, beg raya n mcm2 raya la kn.. Xkire la muda atau tua.. sume same je.. :)
Huh... kepada kaum Adam 2 sabo2 je la time Hawa shopping (hihi..paham2 je le kn..), tah2 korang pn sme je ek???
Part yg xbestnye, pas raye je baru nk sdr da banyak duit yg melayang, ye le time bulan puase sibuk sedekah bnyk2 dkt kdai2 or butik2 kt shopping mall 2 kn kn.. hihi
Jd, untuk mengurang kn nafsu terlebih berbelanja or nafsu2 buas yg lain, meh kte sme2 cube pujuk hati kte kayh..
ni nasihat tau.. bkan untuk korang je tp untuk sy jgak.. :)
Salah satu mende yg bole kte amalkan ialah..
membaca DOA PELEMBUT HATI..
meh kte tgk apekah doa pelembut hati ni dan cara untuk mengamalnye :)
Doa asas yang digunakan untuk melembutkan hati seseorang ada kaitannya dengan peristiwa sejarah Sayyidina Umar, iaitu ayat yang dirampas oleh Sayyidina Umar daripada adiknya. Bila ayat ini dibaca, hatinya terus menjadi lembut lalu memeluk Islam (Ayat tersebut adalah ayat 1-5 surah Taha)
Di antara bahan-bahan ciptaan Allah yang paling keras di dunia ini ialah besi tetapi dapat dilembutkan oleh Nabi Daud a.s. Doa yang ada kaitannya dengan Nabi Allah Daud inilah yang digunakan sebagai kombinasi dengan doa pelembut hati
Mengikut aturannya, bacalah:
Baca surah Al-Fatihah
Al Fatihah……………..
Baca Ayat di Bawah:
Lauanzalna hazal qurana (nama orang/diri)…………………..akhir
Baca ayat 1-5 Surah Taha
(di bawah hanya disertakan maksud – baca ayat asalnya tanpa tarjim)
1. Thaahaa.
2. Kami tidak menurunkan Al Quran Ini kepadamu agar kamu menjadi susah;
3. Tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada Allah),
4. Yaitu diturunkan dari Allah yang menciptakan bumi dan langit yang Tinggi.
5. (yaitu) Tuhan yang Maha Pemurah. yang bersemayam di atas ‘Arsy.
Kemudian baca doa pelembut hati di bawah
“Allahumma laiyinli qalbahu, laiyinta li Daudal hadid”
“Ya Allah, lembutkanlah hatinya sebagaimana Kamu melembutkan Daud (akan) besi”
Kemudian tiupkan ke air
Doa di atas boleh digunakan untuk semua orang yang keras hati, sentiasa melawan dan tidak menurut kata. Ini termasuklah untuk melembutkan diri sendiri. Untuk kegunaan diri sendiri, letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati dan baca doa di atas. Kemudian tarik nafas perlahan-lahan hingga habis dan lepaskan. Untuk kegunaan orang lain, ketika membaca doa, letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati orang yang meminta pertolongan tadi. Bagi orang yang meminta doa pelembut hati melalui wakil, air diberikan untuk diminum.
* di ruangan (nama)……..letakkan nama orang yang hendak dilembutkan hati / diri sendiri
Sumber : Sebahagian daripada RAWATAN PESAKIT MENURUT AL-QURAN DAN AS-SUNNAH, Dr Amran Kasimin, Prof Dr. Haron Din
Ok x?, mudah-mudahan doa ni sedikt sebanyak dapat membantu kte untuk mengerjakan puase dgn lbh baik pada tahun ini dan seterusnye..
Amin
p?s: Jadikan hari2 anda di bulan puasa ini adalah hari2 yang terbaik!
~xoxo~
Love,
Yuki